Realiti solat yang perlu diteliti
3 Sep 2020Bekerja kerana Allah SWT
4 Sep 2020Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah | Salam saiyidul ayyam, hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan. Semoga semua urusan kita dipermudahkan hari ini dan seterusnya. Mari kita sama-sama baca Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah.
عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ
Daripada Utsman bin ‘Affan radhiallahu anhu ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam.”
(HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan yang boleh kita ambil daripada hadis di atas adalah :
- Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda
- Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam
- Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam
Rebut peluang mendapat ganjaran berganda dengan ibadat sepanjang malam dengan memelihara solat berjemaah isya dan subuh di masjid.
Sumber: 1 hari 1 hadis