Bulan Yang Dinantikan : Pena Hijau

Bulan Yang Dinantikan

bertani satu ibadah
Berbudi Kepada Tanah
1 Apr 2021
taqwa dalam ramadhan
Pemburuan Taqwa Dalam Bulan Ramadhan
14 Apr 2021
bertani satu ibadah
Berbudi Kepada Tanah
1 Apr 2021
taqwa dalam ramadhan
Pemburuan Taqwa Dalam Bulan Ramadhan
14 Apr 2021
20210410 ramadhan yang mulia
icon follow us

Bulan Yang Dinantikan | Apabila kita menjejaki perjalanan hidup salafus soleh terdahulu, enam bulan lebih awal mereka sudah bersedia menanti kedatangan Ramadhan. Dua bulan sebelum Ramadhan, persediaan mereka nampak lebih ketara dengan memperbanyakkan berdoa agar mereka dipertemukan dengan Ramadhan tersebut. Mereka juga membuat persiapan rapi mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat dengan memperbanyakkan bersedekah, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan kita? Sudahkan melakukan persiapan menyambut Ramadhan?

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat agong. Pada bulan ini diwajibkan ke atas semua umat Islam supaya berpuasa. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”

Surah Al-Baqarah : ayat 183

Dalam bulan Ramadhan, pelbagai ganjaran yang luar biasa diberikan kepada umat Islam yang berpuasa dan melaksanakan segala kewajipan. Malah melakukan amalan-amalan sunat juga akan memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Hal ini dijelaskan melalui hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Setiap amakan anak Adam dilipat gandakan pahalanya. Satu kebaikan pahalanya menyamai 10 hingga 700 kali ganda. Allah Azza wa Jalla berfirman, kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untuk Ku, dan Akulah yang akan memberi pahalanya, kerana orang berpuasa telah meninggalkan syahwat dan makannya kerana Ku”

Riwayat Muslim

Terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan Ramadhan yang dinanti. Antaranya iailah dengan mempersiapkan kekuatan rohani, jasmani dan juga emosi serta ilmu pengetahuan untuk menghadapi ibadat puasa dan ibadat yang lainnya dengan keikhlasan hati dan menepati syara’. Selain itu, kita hendaklah mempersiapkan diri dengan amal soleh dalam menyambut Ramadhan kerana pintu syurga dibuka seluas-luasnya untuk semua manusia berlumba-lumba melakukan kebaikan bila tiba bulan Ramadhan nanti.

Maka, amatlah diharapkan semoga kita semua menerima kedatangan Ramadhan, bulan yang dinantikan dengan hati yang bersih dan suci seterusnya mampu melaksanakan ibadat dengan sempurna dan istiqamah. Jadikanlah ibadat yang kita kerjakan berterusan daripada awal sehingga akhir Ramadhan. Bukan semata-mata bersemangat di minggu pertama Ramadhan sahaja.

Lakukan ibadat dengan bersungguh-sungguh dipenuhi dengan rasa keimanan yang tinggi. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala daripada Allah, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian sepenuhnya kepada persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan supaya kita dapat menjalani ibadat puasa dengan yakin dan sempurna. Antaranya :

  1. Bolehkah seseorang itu berniat puasa Ramadhan sekali sahaja untuk sebulan penuh? Jawapan : Boleh, iaitu bertaklid kepada mazhab Maliki dengan syarat diniatkan hanya pada malam pertama Ramadhan sahaja untuk menampung sekiranya terlupa niat pada malam-malam lain. Walau bagaimanapun niat puasa masih wajib dilakukan pada setiap malam Ramadhan.
  2. Apakah hukum puasa seseorang yang tidak mahu bersahur dengan alasan ia mampu berpuasa tanpa sahur? Jawapan : Puasanya sah tetapi tidak mendapat fadhilat dan barokah bersahur seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
  3. Batalkah puasa seseorang yang menjalani rawatan hemodialisis / cuci darah? Jawapan : Batal, tetapi wajib qadha puasanya jika mampu. Sekiranya tidak mampu qadha maka hendaklah ia membayar fidyah
  4. Bolehkah orang yang berpuasa menyediakan atau menjual makanan kepada orang yang tidak berpuasa tanpa uzur? Jawapan : Tidak boleh dan berdosa kerana perbuatan itu dikira sebagai bersubahat membantu orang yang melanggar perintah Allah.
  5. Bolehkah meneruskan makan sahur jika tiba-tiba terdengar azan Subuh? Jawapan : Tidak boleh dan mesti berhenti makan sahur kerana telah mula waktu berpuasa.
  6. Berapakah bilangan rakaat solat sunat terawih menurut mazhab Syafie? Jawapan : 20 rakaat
  7. Adakah batal puasa orang yang mencucuk insulin pada bawah kulit perutnya? Jawapan : Tidak batal

 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati beberapa pedoman berikut :

  1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa ibadat puasa merupakan kewajipan dan perintah daripada Allah SWT
  2. Umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan amal soleh sebagai persediaan awal untuk mengharungi bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi
  3. Umat Islam hendaklah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dengan berlumba-lumba melakukan kebaikan serta memohon keampunan, bukannya pesta makanan yang membawa kepada pembaziran.
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Bulan Yang Dinantikan
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more