5 Laman Web Untuk Membina Blog Anda Secara Percuma Pada Tahun 2021 : Pena Hijau

5 Laman Web Untuk Membina Blog Anda Secara Percuma Pada Tahun 2021

bina laman web dengan html
Bina Laman Web Menggunakan HTML
7 Jun 2021
bina laman web dengan cms
Membangunkan Laman Web Dengan CMS
4 Jul 2021
bina laman web dengan html
Bina Laman Web Menggunakan HTML
7 Jun 2021
bina laman web dengan cms
Membangunkan Laman Web Dengan CMS
4 Jul 2021
platform bina web
icon follow us

Adakah anda mencari platform untuk membina blog anda secara percuma dan berkongsi penulisan, catatan kehidupan atau perniagaan anda? Berikut adalah beberapa laman web yang boleh anda terokai untuk anda membina blog anda secara percuma! Kalau sebelum ini, kami ada menulis artikel berkenaan keperluan utama dalam membina laman web, tapi dengan laman web yang disenarai di bawah ini, anda tidak perlu risaukan berkenaan domain dan hosting. Walau bagaimana pun, anda perlu maklum, dengan penggunaan platform ini, anda tidak dapat mengawal beberapa ciri-ciri seperti penggunaan template yang terhad, kawalan terhadap media dan lain-lain tertakluk kepada terma dan syarat platform tersebut.

Berikut adalah platform untuk membina laman web / blog anda secara percuma pada tahun 2021 ini.

1. Wix.com

Wix adalah platform pembina laman web percuma. Ciri utama platform ini adalah dilengkapi dengan pilihan drag-and-drop sahaja info atau gambar untuk menghasilkan laman web. Wix mempunyai hosting percuma, jadi anda hanya perlu mengatur susun atur, memilih template dan siap. Wix amat mudah bagi beginner atau sesiapa sahaja yang ingin cuba mencipta laman web sendiri. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa kekurangan seperti tidak boleh ubahsuai kod, tidak menerima pembayaran menggunakan payment gateway Malaysia seperti Billplz dan Senangpay, ketidakupayaan menambah ciri-ciri lebih advance seperti booking system dan sebagainya.

2. WordPress.com

WordPress.com adalah sebuah platform pembina laman web yang dibuat oleh Matt Mullenweg. Dia juga yang membuat WordPress.org. Walaupun nampak sama, namun terdapat perbezaan antara WordPress.com dan WordPress.org. Ramai orang yang baru berjinak-jinak dengan blogging memilih untuk menggunakan platform percuma seperti WordPress.com. Anda akan mendapatkan storan sebanyak 3GB setelah mendaftar dengan pelan percuma. Walau bagaimana pun, anda terbatas untuk menginstall plugins atau themes anda sendiri melainkan anda menaiktaraf pelan anda.

3. Weebly.com

Weebly adalah platform pembangun laman web yang boleh digunakan bukan sahaja untuk blog tetapi juga untuk menjual produk atau mempamerkan portfolio anda. Konsepnya sama dengan Wix yang menyediakan penyunting WYSIWYG elemen drag-and-drop. Anda hanya perlu menyeretnya ke halaman dan menyesuaikannya. Platform ini juga dilengkapi dengan analitik tersendiri. Dengan pelan percuma, anda mendapat lima halaman, subdomain Weebly, storan 500MB dan ruang iklan.

4. Blogger.com

Blogger adalah salah satu laman blog percuma yang telah lama wujud. Ia berfungsi sama seperti platform yang dihoskan yang lain. Anda perlu membuat akaun terlebih dahulu untuk menggunakannya. Selepas anda membuatnya, anda perlu memilih salah satu tema yang disediakan dan anda boleh mula menuliskan catatan anda. Secara umumnya, Blogger mempunyai pilihan penampilan yang sederhana, jadi fokusnya lebih kepada bahagian penulisan. Bahagian yang baik mengenai laman web ini ialah ia dilengkapi dengan ruang iklan yang boleh anda letakkan di bahagian kandungan anda.

5. Tumblr.com

Tumblr adalah salah satu laman blog percuma. Tidak seperti platform lain yang bertujuan penerbitan, platform ini lebih berorientasikan kepada kandungan multimedia atau media sosial. Sama seperti platform blog biasa, ia menyediakan pelbagai format post untuk pelbagai jenis kandungan.

Kesimpulan

Akhir kalam, masih terdapat banyak lagi platform web builder percuma yang tidak disenaraikan di dalam post ini. Setiap platform mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

P/s : Sekiranya anda memerlukan khidmat kami untuk membina laman web anda, boleh hubungi kami. Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Sebarang soalan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah. Kami sedia membantu anda sebaik mungkin. Terima kasih.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] daripada menggunakan HTML dan platform pembina laman web, anda juga boleh membangunkan laman web menggunakan CMS (Content Management System / Sistem […]

5 Laman Web Untuk Membina Blog Anda Secara Percuma Pada Tahun 2021
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more