Bina Laman Web Menggunakan HTML : Pena Hijau

Bina Laman Web Menggunakan HTML

Keperluan utama membina laman web
Apa Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web Dan Blog
28 May 2021
platform bina web
5 Laman Web Untuk Membina Blog Anda Secara Percuma Pada Tahun 2021
29 Jun 2021
Keperluan utama membina laman web
Apa Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web Dan Blog
28 May 2021
platform bina web
5 Laman Web Untuk Membina Blog Anda Secara Percuma Pada Tahun 2021
29 Jun 2021
bina laman web dengan html
icon follow us

Membina laman web bukanlah sesuatu yang sukar tapi tidak semestinya mudah. Salah satu cara dalam membina laman web adalah dengan menggunakan HTML iaitu bahasa web utama dan asas sesebuah laman web.

Bagaimana bina laman web dengan HTML?

HTML adalah singkatan daripada Hyper Text Markup Language merupakan bahasa pengaturcaraan bagi membina sesebuah laman web. Ia adalah bahasa asas laman web sebelum anda dapat memahami bahasa pengaturcaraan yang lebih tinggi seperti PHP, ASP dan JavaScript.

Bagi mencantikkan lagi paparan laman web anda, anda perlu menggunakan CSS (Cascading Style Sheets). Penggunaan CSS di dalam HTML akan menentukan bagaimana elemen HTML akan dipaparkan. CSS dapat meringankan kerja pengaturcara kerana ianya dapat mengawal keseluruhan antara muka halaman laman web.

Untuk menjadikan laman web anda lebih interaktif dan dinamik, penggunaan bahasa seperti JavaScript dan jQuery diperlukan. Bahasa lain seperti PHP, Phyton dan Ruby juga boleh digunakan mengikut keperluan.

Anda boleh mempelajari bahasa HTML, CSS, JavaScript, JQuery, PHP dan lain-lain melalui laman W3School.

So sape-sape yang ambik bidang Teknologi Maklumat, boleh lah masukkan dalam resume dalam part bahasa tu, selain bahasa melayu, english, arabic, mandarin, tamil.. boleh lah masuk sekali bahasa HTML, bahasa PHP, bahasa C, bahasa C++, bahasa Visual Basic, bahasa Java dll.. 😛

Langkah-langkah Bina Laman Web

Sebelum membina laman web menggunakan HTML, anda perlukan editor teks. Paling mudah menggunakan notepad. Selain notepad, anda juga boleh menggunakan notepad++, Sublime Text atau lain-lain editor teks yang menyokong HTML, CSS, JS dan seumpamanya. Terdapat juga editor WYSIWYG (“What You See Is What You Get”) yang tidak memerlukan kemahiran dalam bahasa HTML seperti Adobe Dreamweaver dan Google Web Designer.

Sebelum anda terus melakukan proses coding, anda perlu merancang reka bentuk laman web anda. Struktur laman web dan sistem navigasi adalah penting dalam menyampaikan kandungan laman web anda nanti. Gambaran kasar perlu dibina untuk halaman yang berbeza-beza seperti laman utama, laman perkhidmatan dan sebagainya mengikut kesesuaian anda.

Setelah anda dapat gambaran kasar reka bentuk laman web anda, anda boleh menulis kod aturcara laman web anda menggunakan HTML, CSS, JavaScript dan jQuery mengikut keperluan anda. Dengan adanya gambaran kasar tersebut, kerja-kerja pengekodan mudah dilaksanakan.

Langkah terakhir, anda perlu memuat naik kesemua fail sumber laman web anda ke server hosting anda. Tanpa hosting, laman web anda tidak dapat diakses oleh pengguna online. Rujuk artikel Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web dan Blog. Cara yang paling mudah untuk mengendalikan proses muat naik dan muat turun server hosting adalah dengan menggunakan klien FTP seperti FileZilla, WinSCP dan Cyberduck.

 

P/s : Sekiranya anda memerlukan khidmat kami untuk membina laman web anda, boleh hubungi kami. Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Sebarang soalan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah. Kami sedia membantu anda sebaik mungkin. Terima kasih.

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. […] daripada menggunakan HTML dan platform pembina laman web, anda juga boleh membangunkan laman web menggunakan CMS (Content […]

Bina Laman Web Menggunakan HTML
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more