Membangunkan Laman Web Dengan CMS : Pena Hijau

Membangunkan Laman Web Dengan CMS

platform bina web
5 Laman Web Untuk Membina Blog Anda Secara Percuma Pada Tahun 2021
29 Jun 2021
upah buat laman web
Berapa Upah Buat Laman Web?
5 Jul 2021
bina laman web dengan cms

Pada masa kini, membangunkan laman web menjadi satu keperluan dalam mengembangkan perniagaan atau pengenalan kepada sesebuah organisasi. Di samping itu, ada yang menggunakan laman web sebagai medium untuk berkongsi catatan atau pandangan masing-masing. Untuk memiliki sebuah laman web tidaklah rumit. Anda tidak perlu untuk menguasai atau menulis pengekodan secara keseluruhan. Namun ia akan menjadi satu nilai tambah sekiranya anda dapat memahami bahasa pengaturcaraan seperti HTML, CSS, PHP dan lain-lain.

Selain daripada menggunakan HTML dan platform pembina laman web, anda juga boleh membangunkan laman web menggunakan CMS (Content Management System / Sistem Pengurusan Kandungan). CMS adalah satu perisian atau aplikasi web yang digunakan untuk menguruskan laman web dengan mudah dan cepat. Sama seperti menggunakan platform pembina laman web, anda tidak perlu mahir bahasa pengaturcaraan web. Namun begitu, anda memerlukan server dan domain sendiri sekiranya mahu menggunakan CMS. Fokus utama CMS adalah pada pengurusan kandungan sesebuah laman web. CMS memudahkan anda untuk mengedit artikel dengan cepat dan mudah. Dengan memahami cara penggunaan CMS, anda dapat membuat laman web yang menarik.

Terdapat pelbagai jenis CMS yang mana masing-masing mempunyai kelebihannya. Berikut adalah beberapa CMS yang popular.

 

CMS untuk laman web/blog

  1. Joomla. Joomla adalah CMS bersumber terbuka / open source yang membolehkan anda membina laman web dan aplikasi dalam talian yang hebat. Banyak aspek, termasuk mudah digunakan  dan mempunyai banyak extension menjadikan Joomla perisian laman web yang popular. Kebanyakkan jabatan-jabatan kerajaan pada hari ini menggunakan CMS Joomla dalam menguruskan kandungan laman web. Versi terkini Joomla pada hari ini adalah 3.9.27 yang boleh dimuat turun di URL https://www.joomla.org/. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia, Joomla mempunyai komunitinya yang tersendiri. Ini terbukti apabila adanya acara Joomla Day yang dihadiri oleh peserta-peserta untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan di samping meluaskan rangkaian sosial.
  2. WordPress. WordPress adalah CMS yang boleh anda gunakan untuk membuat laman web atau blog yang cantik. Terdapat banyak plugin dan tema yang disediakan untuk mengubah laman web anda menjadi seperti yang anda bayangkan. WordPress digunakan secara meluas untuk menguruskan blog peribadi atau blog korporat. WordPress di sini adalah WordPress.org yang sama sekali berbeza dengan WordPress.com. Anda mempunyai kawalan penuh terhadap laman web anda jika dibandingkan anda menggunakan platform pembina laman web WordPress.com. Versi terkini WordPress hari ini adalah versi 5.7.2 yang boleh dimuat turun dari https://wordpress.org/. Sebagaimana Joomla, WordPress juga mempunyai acara WordPress Meetup di seluruh dunia termasuk Malaysia yang dihadiri oleh pembangun-pembangun plugin, pereka kandungan, pemilik laman web.
  3. Drupal. Sama seperti Joomla dan WordPress, ia juga adalah perisian sumber terbuka yang boleh dimuat turun dan mempunyai komuniti yang tersendiri. Komuniti Drupal juga sering mengadakan acara seperti DrupalCon. Drupal digunakan untuk membina laman web dinamik yang menawarkan pelbagai ciri dan perkhidmatan termasuk pentadbiran pengguna, aliran kerja penerbitan, kemampuan perbincangan, penggabungan berita, fungsi metadata menggunakan perbendaharaan kata terkawal dan penerbitan XML untuk tujuan perkongsian kandungan. Dilengkapi dengan gabungan fungsi dan konfigurasi yang kuat, Drupal dapat menyokong pelbagai projek web, mulai dari blog web peribadi hingga ke laman web organisasi. Versi terbaru Drupal adalah versi 8 yang boleh dimuat turun dari https://www.drupal.org/.

 

CMS untuk laman e-dagang

  1. Prestashop. PrestaShop dibina untuk menguruskan katalog produk anda dengan bijak dan mudah, menjadikan pengunjung yang tertarik menjadi pelanggan yang membeli di laman e-dagang anda. Versi terbaru Prestashop boleh dimuat turun di https://www.prestashop.com.
  2. Opencart. OpenCart adalah dalam sistem pembelian atas talian berasaskan PHP sumber terbuka. Penyelesaian e-dagang yang mantap untuk peniaga dengan keupayaan untuk membuat perniagaan online mereka sendiri pada kos yang minimum. OpenCart direka bentuk dengan pelbagai fungsi, mudah digunakan, mesra enjin pencarian dan antara muka yang menarik. Versi terbaru Opencart boleh dimuat turun di https://www.opencart.com/.
  3. Magento. Magento adalah aplikasi web e-dagang open source yang dilancarkan pada 31 Mac 2008 oleh Varien menggunakan Zend Framework. Versi terkini Magento boleh dimuat turun di http://www.magentocommerce.com/.
  4. Joomla dengan menginstall extension seperti eshop, j2store atau virtuemart.
  5. WordPress dengan menginstall plugin seperti WooCommerce atau BigCommerce. Contohnya laman blog ini.

 

CMS untuk laman forum

  1. phpBB. phpBB merupakan antara CMS forum yang banyak digunakan. Sama ada anda ingin berhubung dengan sekumpulan kecil rakan atau ingin menubuhkan forum pelbagai kategori untuk laman web korporat, phpBB mempunyai ciri-ciri yang anda perlukan. Versi terkini phpBB boleh dimuat turun di http://www.phpbb.com/.
  2. bbPress. bbPress adalah perisian forum oleh pencipta WordPress. bbPress menumpukan pada kesederhanaan, fleksibiliti, integrasi mendalam dengan WordPress, standard web, dan kepantasan. Versi terkini bbPress boleh dimuat turun di http://bbpress.org/.
  3. Joomla dengan menginstall extension seperti Kunena, EasyDiscuss, CjForum dan lain-lain. Contohnya laman forum MyKelantan.

 

CMS untuk galeri foto

  1. Piwigo. Piwigo adalah perisian galeri foto untuk web. Piwigo percuma dan bersumber terbuka. Versi terkini Piwigo boleh dimuat turun di https://piwigo.org/. Contohnya laman eGaleri Kerajaan Negeri Kelantan.
  2. Chevereto Free. Chevereto Free adalah aplikasi yang membolehkan anda menyiapkan laman web perkongsian gambar anda sendiri. Ianya boleh dimuat turun di https://chevereto.com/free.

 

CMS untuk pendidikan

  1. Moodle. Moodle adalah CMS yang juga dikenal sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS – Learning Management System) atau Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE – Virtual Learning Environment). Ianya adalah aplikasi web yang dapat digunakan oleh warga pendidik untuk membuat laman pembelajaran dalam talian yang berkesan. Versi terkini Moodle boleh dimuat turun di http://moodle.org/.
  2. Gibbon. Reka bentuk Gibbon yang fleksibel memberi kawalan dan kebebasan sepenuhnya kepada sekolah. Gibbon mengumpulkan maklumat pelajar, membantu guru memahami, menghubungi, mencari dan menolong pelajarnya. Ia membolehkan guru merancang, mengajar, mengumpulkan, menilai dan mengembalikan kerja dalam satu proses yang diperkemas. Ia dibina oleh guru dengan tujuan utama untuk menyelesaikan masalah yang biasa berlaku di semua sekolah. Versi terkini Gibbon boleh dimuat turun di https://gibbonedu.org/.
  3. Omeka. Omeka adalah platform penerbitan web yang fleksibel dan terbuka. Ianya sesuai untuk paparan perpustakaan, muzium, arkib dan koleksi serta pameran ilmiah. Versi terkini Omeka boleh dimuat turun di https://omeka.org/.
  4. WordPress dengan tambahan plugin seperti MasterStudy LMS, LearnPress dan lain-lain. Contohnya laman web TatihBahasa bersama Cikgu Fadhlan.

 

CMS untuk pengurusan fail

  1. ownCloud. ownCloud memberi anda kebebasan dan kawalan terhadap data anda sendiri sama seperti penggunaan Google Drive, OneDrive dan seumpamanya. Bezanya anda menggunakan server anda sendiri. ownCloud membolehkan anda mengakses data anda di mana sahaja anda berada, semasa anda memerlukannya. Versi terkini ownCloud boleh dimuat turun di http://owncloud.org/.
  2. Nextcloud. Nextcloud adalah perisin yang dapat menyegerakan (sync) dan berkongsi fail. Anda boleh berkongsi satu atau lebih fail dan folder di komputer anda dan menyegerakkannya dengan server Nextcloud anda. Versi terkini Nextcloud boleh dimuat turun di https://nextcloud.com/. Contoh penggunaan Nextcloud adalah Sistem Pengurusan Data Digital.

 

Masih ada banyak lagi CMS percuma dan bersumber terbuka yang tidak disenaraikan di dalam post ini. Setiap CMS mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

P/s : Sekiranya anda memerlukan khidmat kami untuk membina laman web anda, boleh hubungi kami. Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda. Sebarang soalan? Anda boleh nyatakan dalam ruangan komen di bawah. Kami sedia membantu anda sebaik mungkin. Terima kasih.

Share, Follow & Like :
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Tinggalkan Balasan

close

Enjoy this blog? Please spread the word :) TQ