Berapa Upah Buat Laman Web? : Pena Hijau

Berapa Upah Buat Laman Web?

bina laman web dengan cms
Membangunkan Laman Web Dengan CMS
4 Jul 2021
payment gateway
Payment Gateway Terbaik di Malaysia Sepanjang 2021
15 Dec 2021
bina laman web dengan cms
Membangunkan Laman Web Dengan CMS
4 Jul 2021
payment gateway
Payment Gateway Terbaik di Malaysia Sepanjang 2021
15 Dec 2021
upah buat laman web
icon follow us

“Berapa upah buat laman web?”

Jika anda tanya soalan ini kepada mereka yang menawarkan perkhidmatan upah buat laman web, anda akan menerima jawapan yang berbeza-beza. Ini kerana tiada harga yang standard untuk servis buat laman web.

Harga bergantung kepada siapa yang anda upah. Sama ada individu atau organisasi. Harga freelancer website designer akan berbeza dengan organisasi/syarikat.

 

Kenapa upah buat laman web ni berbeza-beza?

Antara sebabnya adalah…

  1. Pengalaman. Web designer yang sudah berpengalaman sudah pasti ada portfolio. Portfolio adalah penanda aras untuk anda menilai kualiti laman web yang dihasilkannya.
  2. Jenis laman web dan fungsi pada laman web. Anda perlu tahu bagaimana laman web yang anda inginkan. Landing page? Laman web korporat? Laman web e-dagang? Laman web marketplace? Laman web pelancongan? atau lain-lain jenis laman web? Apa fungsi-fungsi yang anda inginkan ada dalam laman web anda? Semakin kompleks laman web yang ingin dibuat, semakin tinggilah harga laman web tersebut. Oleh itu, maklumat berkenaan gambaran laman web yang anda berikan itu sangat penting. Dari maklumat itu, web designer boleh merancang apa yang perlu dibuat, plugin/extension apa yang perlu dibeli, theme premium, anggaran masa yang diperlukan, anggaran harga dan sebagainya.

 

Harga sebuah laman web

Berikut adalah anggaran harga dan upah untuk membuat laman web bagi freelance website designer sebagai rujukan. Ini adalah harga anggaran. Bukan harga tetap.

Laman Web Landing Page : ±RM500
Laman Web Satu Halaman : ±RM1000
Laman Web Korporat : ±RM2000
Laman Web e-Dagang : ±RM4000
Laman Web Marketplace : ±RM8000

Ada faktor-faktor lain yang boleh membuatkan harga laman web itu berubah seperti :

  1. Caj untuk setup domain dan hosting.
  2. Caj untuk latihan cara penggunaan laman web.
  3. Caj untuk dokumentasi cara penggunaan laman web.
  4. Caj untuk design banner , logo dan lain-lain dalam laman web.
  5. Caj untuk konsultasi dan lain-lain lagi.

 

Kesimpulan

Berapa pun harga upah untuk sesebuah laman web, apa yang penting adalah win-win situation. Anda gembira dapat laman web yang cantik, kemas dan berfungsi. Web designer pula gembira dapat upah yang setimpal dengan tenaga dan masa yang diluangkan untuk menyiapkan laman web anda.

 

 

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

1 Comment

  1. конденсационные котлы says:

    Nicely put, Kudos.

Berapa Upah Buat Laman Web?
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more