Takdir Membawa Ke Terengganu
26 Jun 2022Ke Terengganu Lagi
24 Jul 2022Alhamdulillah, petang semalam, doktor beritahu mak dah boleh keluar hospital. Lepas habis kerja, terus aku bawa wheel chair ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2), Kota Bharu. Kebetulan tengah kemas semua barang, sepupu aku, Abe May datang melawat mak.
Kronologi Mak Masuk Hospital
09 Jun : Mak pergi klinik swasta sebab mengadu sakit pinggang dan makan tak lalu. Mak duk ingat penyakit batu karang datang balik.
11 Jun : Mak start tak lalu makan lagi tapi masih boleh makan lagi. Kebetulan jiran sebelah, Tok Wan Daud meninggal dunia disebabkan jantung. Ayah sorang je pergi ziarah rumah jiran.
17 Jun : Hari ni hari ulang tahun kelahiran ayah. Ikut tradisi keluarga, kebiasaannya makan malam kat luar, tapi request daripada birthday boy untuk buat soto ayam. Pagi tu lepas ziarah mak saudara (kakak mak) kat Kg Tiong, pergi la cari bahan-bahan untuk buat soto kat Pasar Berek 12, Kota Bharu sambil-sambil cari buah durian. Petang tu mak makan durian.
18 Jun : Mak makan durian lagi. Kali ni makan durian dengan pulut pulak.
19 Jun : Mak sakit perut. Pinggang pun start sakit balik. Demam. Mak tak lalu makan. Time ni aku dah rasa tak sedap hati. Aku bagi cadangan pergi hospital. Tapi mak tak nak. Aku tanya mak ada nak makey gapo-gapo ko? Mak jawab nak makan nasi goreng kampung dengan laici ais. Aku terus order dekat Restoran Selera D’lembah guna Grab Food.
20 Jun : Mak tak sihat. Makan pun tak lalu. Mak nak pergi klinik. Tapi bagi aku baik mak terus pergi hospital sebab aku dah rasa pelik dan tak sedap hati. Malam tu aku temankan mak ngan ayah pergi klinik. Mak masih boleh jalan lagi walaupun lemah. Jam pukul 10 malam lebih. Mana nak cari klinik buka time tu. Nasib baik Klinik Anda 24 Jam di Cherang, Kota Bharu buka. Doktor test air kencing, memang ada darah dalam air kencing mak.
21 Jun : Seharian mak duk dalam bilik. Mak makin lemah. Ayah beritahu mak langsung tak makan. Hanya minum susu je. Nak solat Maghrib pun terpaksa aku pegang bahu mak, takut-takut mak tersembam walau pun dah solat secara duduk. Aku beritahu ayah, kena paksa juga mak pergi hospital. Malam tu, aku tolak mak atas wheel chair ke ruang tamu. Mak nampak lemah sangat. Alya yang selalu “gaduh” dengan omma dia pun, bila tengok omma macam tu, terus masuk bilik. Senyap. Diam membisu. Mata dia basah. Aku tanya kenapa dia geleng kepala je. Aku, ayah dengan adik bongsu aku bawa mak pergi HRPZ2. Dalam pukul 10.30 mak dimasukkan ke Zon Merah, Wad Kecemasan HRPZ2. Lama jugak menunggu kat luar sebab Red Zone tak boleh ada waris yang menunggu di dalam.
22 Jun : Last-last pukul 1 pagi, aku dengan ayah nak balik dulu untuk solat Isya’ sambil-sambil ayah nak bersiap apa yang patut untuk tunggu mak dalam Wad Kecemasan tu. Selesai solat, aku hantar ayah balik ke HRPZ2. Adik beritahu mak didiagnosis dengue fever. What??? Betul ke tidak doktor ni.. takde tanda-tanda demam denggi pun. Kawasan kampung pun takde dengar lagi ada kes denggi. Aku bawa adik pulang sebab dia kerja pagi nanti. Ayah temankan mak di HRPZ2. Sampai rumah, aku whatsapp urusetia yang aku tak boleh hadir untuk program taklimat EKSA di Terengganu pada 22-24 Jun. Aku whatsapp bos pukul 2.30 pagi untuk mohon emergency leave. Pukul 9 pagi, mak dipindahkan ke wad ICU Temenggung. Bacaan blood preasure (BP) mak 95/66, pulse rate (PR) 130, Oxygen Saturation (SpO2) 100, suhu badan 37.1 C, Urea 26 dan Creatinine 466!!! (Julat bacaan normal bagi wanita 88 – 128). Pukul 11.30 aku ambil ayah pulang sebab wad ICU tak membenarkan waris menemani pesakit. Hanya boleh ziarah pada waktu melawat sahaja. Tengah hari tu, Cik Ngah (adik mak) datang rumah bagi pulut panggang (oghe klatey panggil pulut lepa). Cik Ngah ada tanya mana mak, sebab dari pagi tadi lagi dia call mak tapi mak tak angkat. Camana nak angkat sebab mak tak bawa HP sejak masuk HRPZ2. Lagi pun mak dah pesan tak nak heboh lagi pasal masuk hospital. So aku bagitau la mak keluar ke Kota Bharu (betul la kan.. HRPZ2 kan dalam Kota Bharu… tak menipu pun). Nasib baik Cik Ngah tak tanya lebih-lebih. Waktu melawat di ICU Temenggung tengah hari dari pukul 1.00 hingga 2.00 petang dan 5.00 petang hingga 7.00 malam. Hanya seorang pelawat sahaja boleh melawat pesakit dalam satu masa.
23 Jun : Pukul 9 pagi, mak hantar whatsapp dalam group family, beritahu baru lepas scan perut. Doktor cakap mak sakit buah pinggang. Tahap berapa, doktor tak cakap. Tapi teruk. Mak juga didiagnosis kena urosepsis (jangkitan dalam saluran kencing/kencing kotor). Doktor nak keputusan untuk buat dialisis. Waktu melawat, aku berbincang dengan doktor. Mengikut kata doktor, xray menunjukkan tiada pun batu karang. Cuma yang ada cyst pada 2 2 belah buah pinggang mak. Cyst sebelah kiri lagi besar. Keputusan ujian darah menunjukkan tahap kreatinin mak dalam 400! Tinggi melebihi normal. Kebiasaanya kalau orang makan supliment, ubat kurus, jamu dan seumpamanya ada risiko macam tu. Setahu aku, mak tak de pulak makan jamu-jamu, supliment ni.. Doktor perlukan kebenaran untuk buat dialisis dengan segera. Kesan kalau tangguhkan dialisis, buah pinggang mak akan jadi lagi teruk dan mak boleh muntah-muntah dan pengsan secara tiba-tiba. Doktor mencadangkan untuk buat dialisis dan kemudian akan buat ujian darah untuk pantau balik tahap kreatinin mak. Aku tanya kenapa tak buang cyst? Doktor jawab cyst tak perlu buang selagi tak mengganggu tubuh. Hhmmm…. Petang tu, Cik (kakak ayah), Pok Min dan Kak Aiman datang melawat mak. Malam tu, Apiq sekeluarga sampai rumah dari Kedah.
24 Jun : Hasil keputusan keluarga, mak bersedia untuk buat dialisis. Pukul 12.45, mak start buat dialisis untuk kali pertama. Petang tu, waktu melawat di HRPZ2, tiba-tiba muncul Chi dan Zarif. Bertolak pukul 10 pagi tadi dari Putrajaya dengan kereta. Eh eh.. balik senyap-senyap untuk buat kejutan kat mak.
25 Jun : Aku dapat khabar berita anak saudara isteri aku jatuh dalam laut di Terengganu. Tengah hari tu, lepas ziarah mak di wad ICU, aku sekeluarga balik ke Bachok. Apiq, Mira, Aufa, Adib dan Aura pun kena balik ke Kedah tengah hari tu sebab Apiq mengajar esok.
26 Jun : Aufa demam panas, batuk dan selsema. Duk panggil omma. Tanya “omma dah sihat ke belum? Nak jumpa omma…”. Kesian.. balik Kelantan tak dapat jumpa omma. Nak masuk melawat pun tak boleh sebab bawah 12 tahun.
27 Jun : Mak dipindahkan ke Wad Mahsuri. Alhamdulillah, boleh la ada peneman dan boleh la 2 orang melawat dalam 1 masa. Waktu melawat pun awal 30 minit. Aku tanya nurse di Wad Mahsuri untuk buat permohonan pindah mak ke wad kelas pertama ikut kelayakan mak.
28 Jun : Mak buat dialisis lagi untuk kali kedua pukul 11.35 pagi. Pukul 4.48 petang, mak dibawa ke tempat CT Scan. Selesai waktu melawat, aku hantar Chi ke airport untuk balik ke Putrajaya. Aku stay dengan mak malam tu.
29 Jun : Pukul 12.30 pagi, nurse datang check tekanan darah mak. BP mak 122/73. Pukul 2.23 pagi, nurse datang lagi untuk ambil sample darah. Pukul 8.26 pagi, BP mak 160/86. Tinggi sebab mak kurang tidur. Malam tu giliran adik teman mak. Doktor beritahu dekat adik… Dalam buah pinggang mak ada kandung air. Dalam kandung air ni ada 2 jenis (ada hak simple tu air saja dan ada hak tak simple). Kandung air dalam buah pinggang mak ni jenis hak tak simple macam ada isi-isi sikit dalam tu. Macam ada benda lain. Jadi benda lain tu, kalau nak tahu, dia peratus² lah hok jenis gini ada kanser ko takdok kanser. Untuk check lebih detail dia kena buat CT Scan. Tapi nak buat CT Scan ni dia kena fungsi buah pinggang ni normal dulu. Tapi buah pinggang mak tak normal. Jadi kalau buat jugak CT Scan ni ada risiko merosakkan buah pinggang. Risiko kena buat dialisis sepanjang hidup.
30 Jun : Aku melawat tengah hari. Mak request nak scramble egg. Balik kerja, aku terus buat telur hancur untuk dibawa time melawat mak lepas solat Asar.
01 Jul : Cik dan Kak Widad datang ziarah mak petang tu. Tak lama lepas tu, Pak Cik Imi (adik mak) datang ziarah mak.
02 Jul : Pukul 8.40 pagi, bacaan BP mak 116/78. Doktor kata bacaan kreatinin mak masa mula-mula admit hospital dalam 400. Sekarang dah 300. Doktor nak pantau lagi biar jadi lebih stabil untuk buat CT Scan untuk check buah pinggang kiri mak. Mak kena elakkan makan makanan tertentu terutamanya yang tinggi potassium (kalium). Kena banyak minum air masak. Pukul 12.30, bacaan gula dalam darah mak 11. Tengah hari tu, doktor maklum boleh pindah ke wad kelas pertama. Lebih kurang jam 3.35 petang, mak dipindahkan ke Wad 10. Waktu melawat petang, aku dapat rasa badan mak panas je. Malam tu, mak demam. Kadar nadi mak 163.
03 Jul : Ayah maklum demam mak dah kebah sikit. PR mak turun jadi 150. Pukul 9.30 pagi, Zarif beritahu doktor maklum bacaan kreatinin mak tu maybe memang teruk dah dari dulu. Takut tunggu lama-lama memang tu je baseline kreatinin mak. Bacaan kreatinin dalam seminggu ni maintain dalam 300 lebih. so doktor tanya untuk minta buat keputusan kalau boleh dio nak buat CT scan segera. Masuk sejenis cecair pewarna dalam badan untuk tengok lebih detail buah pinggang mak sebelah kiri tu. Pukul 12.00 BP 131/66. Mak diberi susu oleh dietician sebab mak kurang makan dalam hospital. Tak sedap katanya.. Hahaha.. Pukul 4 petang BP 143/67. Waktu melawat petang, aku dapat rasa lagi badan mak panas. Lepas melawat mak, aku hantar Zarif pergi airport balik Putrajaya.
04 Jul : Mak dah boleh discharge. Dapat jugak la mak beraya haji di rumah. Bacaan urea 21 dan creatinine 339. Mak ada temujanji untuk check darah lepas raya haji ni dan temujanji untuk buat CT scan bulan Ogos nanti.
1 Comment
[…] cikgu masa tu, tak nak Opa mati sampai Abi bergenang air mata. Tapi Abi tahan. Ingat tak lagi masa Oma sakit tahun 2022? Alya murung, sedih sebab dah tak dapat nak “gaduh” dengan Oma… Abi berharap, Abi […]