Waspada Scammer Tukang Rumah : Pena Hijau
muharram 1444h
Salam Awal Muharram 1444H
29 Jul 2022
ANE 20220831 merdeka
Sambutan Hari Kemerdekaan 2022
30 Aug 2022
muharram 1444h
Salam Awal Muharram 1444H
29 Jul 2022
ANE 20220831 merdeka
Sambutan Hari Kemerdekaan 2022
30 Aug 2022
ANE 20220826 tukang rumah bocor
icon follow us

Kronologi Tukang Rumah Buat Tahi.

04 Julai : Start kerja-kerja menggantikan bumbung rumah yang lama.

09 Julai : Tukang meminta bayaran penuh dibuat pagi hari dan berjanji akan siapkan hari ini. Memandangkan esok hari raya haji, ada rasa belas ihsan, bayaran penuh dibuat pagi tu. Pukul 3 petang lebih, tukang balik tanpa maklumkan apa-apa. Kerja-kerja masih belum selesai.

10 Julai : Hari Raya Qurban

19 Julai : Hantar Whatsapp tanya khabar bila nak selesaikan kerja sebab cuaca tak menentu. Kalau hujan ada tempat-tempat dalam rumah bocor. Baru bagi maklumbalas sebab-sebab tak datang sambung kerja kerana ada order barang tapi tak sampai lagi.

28 Julai : Hantar whatsapp tanya status order barang. Tiada jawapan.

02 Ogos : Hantar whatsapp beri peringatan pertama. Tiada maklumbalas.

03 Ogos : Hantar whatsapp hadis ciri-ciri orang munafik

04 Ogos : Hantar whatsapp beri peringatan kedua. Tiada maklumbalas.

05 Ogos : Hantar whatsapp jangan buat zalim dekat orang dan doa orang yg dizalimi dimakbulkan. Dapat reply, akan diselesaikan dalam minggu ni.

06 – 12 Ogos : Tukang masih tak datang lagi minggu ni.

13 Ogos : Hantar whatsapp beri peringatan terakhir supaya selesaikan kerja yang tertangguh sebelum 18 Ogos. Tiada maklumbalas dari tukang.

14 Ogos : Dapat reply ada tukang sakit jatuh tangga.

16 Ogos : Post hadis ciri-ciri orang munafik dalam group FB Tukang Rumah Kelantan (TRK) dan juga reply komen dia dalam group tu dengan hadis ni, memandang dia pun ada dalam group tu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat”.

(HR Bukhari No: 32)

Dapat whatsapp dari tukang. Kata dah viral. Viral ape benda.. Post hadis je baru. Hadis ciri-ciri orang munafik je. Tak cakap ape pun.

18 Ogos : Tukang masih tak selesaikan kerja-kerja tertangguh. Whatsapp kena blok. FB pun kena blok.

So jangan salahkan kami kalau kami viralkan. Kami dah lama bagi peluang dan bersabar. Ini sebagai peringatan bersama.

Di sini, kami ingin berpesan, kalau ada sesiapa yang nak berurusan atau menggunakan khidmat Muhammad Hafiz Ismail

BERHATI-HATILAH… Jangan korang pun jadi mangsa.

Video ni [ https://youtu.be/d9XHQDahqz0 ]sebagai bukti diambil pada 24 Ogos 2022 jam 11:50 malam.

ANE 20220826 tukang rumah bocor 1

ANE 20220826 tukang rumah bocor 2

ANE 20220826 tukang rumah bocor 3

Kepada Muhammad Hafiz Ismail, ingatlah di antara jenis kezaliman :

  1. Menipu
  2. Mungkir janji dgn Allah dan manusia
  3. Menipu dalam jual beli. Barang dijual dgn harga yang mahal. Walaupun jual beli itu sah, tapi ia haram kerana zalim.

Takutlah doa daripada orang yang dizalimi. Kerana doa orang yang kena zalim akan diterima oleh Allah sehinggakan kalau orang kafir pun kalau ia dizalimi dan dia berdoa kepada Allah, Allah akan terima doa mereka.

Kami telah dizalimi kerana rumah kami sudah banyak tempat yang masuk air bila hujan.

Selamat makan hasil rezeki yang HARAM. Bagi makan anak bini. Jumpa lagi di akhirat nanti.

 

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Waspada Scammer Tukang Rumah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more