Cara Selamat Menyaksikan Gerhana Matahari : Pena Hijau

Cara Selamat Menyaksikan Gerhana Matahari

Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444H
22 Mar 2023
ANE 20230604 menulis blog
7 Sebab Untuk Terus Menulis Blog
4 Jun 2023
Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan 1444H
22 Mar 2023
ANE 20230604 menulis blog
7 Sebab Untuk Terus Menulis Blog
4 Jun 2023
cara selamat tengok gerhana matahari
icon follow us

Cara Selamat Menyaksikan Gerhana Matahari | Tatkala kita semua ternanti-nanti untuk menyaksikan peristiwa gerhana Matahari separa pada 20 April 2023 ini, aspek keselamatan jangan pernah kita abaikan.

JANGAN sesekali menyaksikan gerhana Matahari secara langsung dengan hanya menggunakan mata kasar sahaja.

Mata berisiko tinggi rosak kekal dan yang paling berbahaya boleh menjadi faktor kebutaan.

Cara Selamat Untuk Menyaksikan Gerhana Matahari

Terdapat beberapa cara yang paling selamat untuk menyaksikan gerhana Matahari, antaranya :-

  1. Keadah Pinhole/lubang jarum.
    • Barang yang boleh digunakan adalah dua helai kertas atau kadbod.
    • Ambil sehelai kertas/kadbod dan buat satu lubang kecil di tengah.
    • Pastikan lubang tersebut bulat dengan sempurna.
    • Dengan cara membelakangi Matahari, pegang kertas/kadbod yang telah dilubangkan di atas bahu dan biarkan cahaya Matahari melalui lubang.
    • Kertas yang kedua (tiada lubang) boleh dijadikan sebagai skrin.
  2. Jari tangan.
    • Saksikan bayang Matahari yang melalui celah-celah jari tangan.
  3. Daun pokok.
    • Bayang yang muncul melalui ruang yang ada di antara daun-daun pokok boleh dijadikan salah satu kaedah menyaksikan gerhana Matahari.
  4. Penapis.
    • Gunakan penapis yang biasa digunakan di dapur.
    • Cara menggunakan kaedah ini adalah dengan cara berdiri membelakangi Matahari sehingga cahaya Matahari muncul di tanah.
    • Boleh juga menggunakan kertas putih sebagai skrin.
  5. Cermin mata gerhana.
    • Cermin mata khas untuk gerhana Matahari.
  6. Kaca kimpalan.
    • Gunakan kaca untuk kimpalan yang bernombor #14.

cara selamat tengok gerhana matahari

Jangan Guna Kaedah Di Bawah

AMARAN!!!

  1. Jangan menyaksikan gerhana Matahari secara terus dengan menggunakan mata kasar
  2. Jangan menyaksikan gerhana melalui pantulan pada permukaan air
  3. Jangan menggunakan cermin mata
  4. Jangan menggunakan filem X-Ray
  5. Jangan menggunakan kepingan filem
  6. Jangan menggunakan Cakera padat atau cakera liut

Kesan jika menyaksikan gerhana Matahari dengan cara yang tidak selamat adalah mata berisiko tinggi rosak kekal dan yang paling berbahaya boleh menjadi faktor kebutaan!

cara bahaya tengok gerhana matahari

alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.
Cara Selamat Menyaksikan Gerhana Matahari
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more