7 Sebab Untuk Terus Menulis Blog
4 Jun 2023Tips Jimat : Hari Tanpa Duit
13 Jun 2023Tips Jimat : Apa Yang Anda Bayar Setiap Bulan? | Setiap orang sudah pasti ada komitmen bulanan masing-masing. Tapi adakah bayaran bulanan anda tu satu keperluan? Jom semak semula bayaran bulanan anda.
Inilah langkah pertama dan langkah yang paling PANTAS untuk anda perbaiki kedudukan kewangan anda dengan CEPAT!
Insya Allah, kedudukan kewangan anda akan terus bertambah baik pada bulan depan jika dapat buat tips ni SEKARANG!
Apa yang anda cuma perlu lakukan adalah sekeping kertas, sebatang pen dan masa.
Kemudian….
Senaraikan semua perkara yang anda perlu bayar setiap bulan beserta jumlahnya.
Contohnya…
- Sewa/Hutang rumah – RM XXX
- Hutang Kereta – RM XXX
- Hutang Motorsikal – RM XXX
- Hutang Kad Kredit – RM XXX
- Hutang PTPTN – RM XXX
- Hutang Pinjaman Peribadi – RM XXX
- Caruman ASBLoan – RMXXX
- Hutang Court Mammoth/SenHeng – RM XXX
- Bil Air – RM XXX
- Bil Elektrik – RM XXX
- Bil Telefon – RM XXX
- Bil Internet/Unifi – RM XXX
- Bil ASTRO – RM XXX
- Bil Penapis Air (Coway/Cuckoo) – RM XXX
- Yuran Sekolah Anak – RM XXX
- Yuran Gym – RM XXX
- Yuran Van Sekolah – RM XXX
- Yuran Keselamatan Taman/Apartment – RM XXX
- Yuran Taska/Yuran Pengasuh – RMXXX
- Caruman Takaful/Insuran – RM XXX
- Caruman Medical Card – RM XXX
- Langganan iFlix/Netflix/Viu – RM XXX
- Duit ibu/bapa – RM XXX
- Nafkah Isteri – RM XXX
- Belanja sekolah anak-anak – RM XXX
- Kad Touch n Go – RM XXX
- Kad Akses Parking Bulanan – RM XXX
- dll. Ambil sedikit masa. Anda fikir dan ingat semula semua bayaran anda bayar pada setiap bulan. Senaraikan semuanya!
Sedar atau tidak… Anda mungkin akan terkejut dengan perkara-perkara yang perlu anda bayar pada setiap bulan. Banyak rupanya! Patutlah anda asyik tak cukup duit je setiap hujung bulan!
Setelah anda sudah senaraikan semuanya… Sekarang, anda perlu lihat semula setiap perkara tersebut. Anda perlu luangkan lagi sedikit masa untuk menilai setiap perkara yang anda bayar tersebut. Anda perlu BUAT PENILAIAN SEMULA! Adakah bayaran tersebut BOLEH DIHENTIKAN atau DIKURANGKAN?
Contohnya…
Bil ASTRO, bolehkah ianya dibatalkan? Atau dikurangkan (tukar pakej basic) atau diubah kepada pilihan yang lebih murah seperti NJOI/Unifi TV?
Mungkin jika anda terus batalkan langganan ASTRO, anda kasihan pada anak-anak sebab mereka dah tak dapat tengok cerita kartun lagi. Tapi, kesedihan itu cuma sekejap je. Lepas tu, mereka ok je!
Bil telefon, bolehkah ianya dikurangkan? Atau ditukar kepada pakej telco lain yang lebih murah? Bab ni anda perlu luangkan masa untuk lihat pakej-pakej telefon dari telco lain dan buat perbandingan. Pilih pakej yang sesuai dengan cara penggunaan anda. Anda tidak perlu risau untuk tukar ke telco lain kerana anda masih boleh mengekalkan nombor yang sama.
Dengan hanya menyemak semula apakah yang anda bayar pada setiap bulan, confirm banyak wang yang boleh anda jimatkan pada setiap bulan!
Sekian, selamat mencuba! Nak lagi tips, boleh dapatkan eBook di bawah.