Cara Murid Maklumkan Status Tugasan Tanpa Guna Teknik Copy & Paste Nama
3 Feb 2021Bina Laman Web Menggunakan HTML
7 Jun 2021Membina laman web pada masa kini tersangatlah mudah dan murah. Anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar teknologi atau seorang programmer. Dengan langkah yang betul, platform yang betul, penggunaan alat yang betul, anda boleh memiliki laman web anda sendiri tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Menurut Internet Live Stats, terdapat lebih kurang 200 juta laman web yang aktif di dunia. Memandangkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk lah negara kita Malaysia, kita dapat lihat banyak perniagaan mahu tidak mahu terpaksa beralih menjalankan perniagaan secara atas talian. Salah satunya adalah dengan memiliki laman web bagi memaparkan profil syarikat, jenama, produk, perkhidmatan dan lain-lain.
Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan keperluan utama dalam membina laman web dan blog anda sendiri iaitu domain dan hosting. Domain adalah nama laman web anda seperti laman web saya ini “alkhudhri.com”. Hosting pula adalah server untuk anda meletakkan semua kandungan dan fail laman web anda. Dalam kata mudah untuk difahami, domain boleh diibaratkan sebagai alamat rumah manakala hosting boleh diibaratkan sebagai rumah untuk anda simpan perabot atau barang-barang lain.
Domain
Nama domain adalah nama laman web atau blog anda. Oleh itu, pastikan domain yang anda pilih melambangkan laman web yang ingin anda bangunkan. Apa yang penting ianya mudah disebut, mudah dieja dan mudah diingat.
10 tips untuk memilih nama domain pilihan anda
- Menggunakan maksimum 2 hingga 3 patah perkataan sahaja dalam menyampaikan maksud laman web anda. Contohnya RahsiaTemudugaKerajaan.com (menggunakan 3 patah perkataan), BisnesAirBalang.com, BisnesShopee.com (menggunakan 2 patah perkataan), BisnesTudung.com dan lain-lain.
- Menggunakan nama yang sesuai dan relevan dengan maksud dan kandungan laman web anda. Contohnya domain MyKelate.net, secara automatiknya tanpa perlu berfikir kita dapat tahu bahawa laman web itu tentulah berkenaan dengan negeri Kelantan.
- Pastikan nama domain yang anda pilih mudah diingati bukan hanya anda seorang bahkan oleh orang lain juga terutamanya prospek atau pelanggan anda.
- Pastikan nama domain anda juga mudah dieja, straight forward serta elakkan ejaan fancy bagi mengelakkan prospek anda “tersesat” atau tersalah alamat. Contoh ejaan fancy seperti kedaibooku.net yang lebih elok dieja menggunakan kedaibuku.net.
- Pastikan nama domain anda mudah disebut dan elakkan menggunakan istilah saintifik. Contohnya Meliponikultur atau lebih dikenali penternakan kelulut.
- Menggunakan nama yang unik yang melambangkan sesuatu jenama itu sendiri. Kekurangannya adalah kadang-kadang orang tak faham maksud disebalik nama domain itu melainkan jenama anda sudah terkenal dalam pasaran.
- Elak menggunakan nombor sebagai nama domain melainkan jenama anda sudah pun dikenali. Ini bagi mengelakkan orang keliru dengan sama ada perlu menaip nombor 1 2 3 atau perlu mengeja penuh satu dua tiga. Contohnya “Kedai 7”. Orang akan keliru sama ada domain anda kedai7.com atau kedaitujuh.com
- Elak menggabungkan perkataan dan nombor atau simbol melainkan produk atau jenama ada sudah dikenali. Contohnya Maybank merupakan sebuah jenama bank yang dikenali di Malaysia menggunakan maybank2u.com. Bagi yang baru bermula, elakkan perkara ini kerana akan mengelirukan orang.
- Tidak menggunakan perkataan negatif kerana akan nama domain akan memberikan gambaran awal terhadap laman web anda.
- Akhir sekali, setelah mendapatkan beberapa nama domain pilihan, anda perlu menyemak nama domain tersebut available / sudah didaftarkan atau tidak. Untuk membuat semakan, anda hanya perlu layari mana-mana laman web yang menawarkan servis langganan nama domain seperti Exabytes.
Hosting
Aspek utama dalam memilih hosting adalah kelajuan, support dan keselamatan. Kebiasaannya, pelawat laman web tidak suka untuk menunggu laman web yang loading terlalu lama. Antara tips untuk tahu hosting itu laju atau tidak adalah dengan melihat ciri-ciri yang ditawarkan seperti menyediakan servis Content Delivery Network (CDN) dan menggunakan Solid State Drive (SSD). Oleh itu, anda perlu memilih penyedia hosting yang laju bagi memuaskan hati pengunjung laman web anda.
Selain kelajuan, anda perlu juga mengambil kira support daripada pihak hosting provider. Penyedia hosting provider yang baik seharusnya responsif – pantas, mesra dan pakar dalam menyelesaikan masalah. Tips untuk mengetahui sama ada penyedia hosting tersebut bagus atau tidak, anda boleh cuba hubungi support atau live chat yang disediakan sebelum melanggan perkhidmatan mereka. Tanyakan beberapa soalan dan lihat bagaimana mereka memberi respon dan berapa lama mereka respon terhadap pertanyaan anda.
Bagi aspek keselamatan pula, anda perlu memastikan penyedia hosting yang anda hendak pilih itu dapat menawarkan ciri-ciri Secure Sockets Layer (SSL) secara percuma. Dengan ciri ini, URL laman web anda akan tertera https dan simbol “padlock” / mangga berkunci seperti laman web saya ini “https://alkhudhri.com“. Jadi pelawat laman web anda akan lebih yakin serta rasa selamat dan laman web anda dilindungi.
Secara kesimpulannya, keperluan utama dalam membina laman web adalah anda haruslah mempunyai nama domain yang mudah disebut, mudah dieja dan mudah diingat serta hosting provider yang menawarkan ciri-ciri kelajuan, support dan keselamatan. Next artikel, saya akan tulis tentang cara-cara untuk membina laman web/blog.
3 Comments
[…] hosting anda. Tanpa hosting, laman web anda tidak dapat diakses oleh pengguna online. Rujuk artikel Keperluan Utama Untuk Membina Laman Web dan Blog. Cara yang paling mudah untuk mengendalikan proses muat naik dan muat turun server hosting adalah […]
[…] untuk anda membina blog anda secara percuma! Kalau sebelum ini, kami ada menulis artikel berkenaan keperluan utama dalam membina laman web, tapi dengan laman web yang disenarai di bawah ini, anda tidak perlu risaukan berkenaan domain dan […]
[…] Caj untuk setup domain dan hosting. […]